Thursday, 26 February 2009

Catatan Zaman Rebel

Ini merupakan salah satu karya silam yang penulis temui tersimpan kemas dalam kotak 'sent' e-mel yahoo.



Tak adiiiiiiiiiiiiill .Aku **** *** ***** ******* **** ****** ?(*sensored)


Bila kaca berderai seribu mampukah menghilang mereka tanpa rasa kecewa?
Setelah mentari muncul pagi, adakah lagi antara keduanya?
Kerana yang putih itu selalunya bersih, walaupun ia nyahtinjaan makhluk bergelar peliharaan?
Biarlah. Hidup ini sering begitu

Terkapai mencari sebuah noktah yang tak mungkin mudah
Memang benar esok itu masih ada
Tapi disebabkan itu mereka merana
Menghilang badai yang tiada bernyawa
Sempurnakah mereka tanpa semuanya
Tawa, hiba & putus asa
Cukupkah ia
Akan lengkapkah tanpanya
Sedangkan bunyinya sememangnya tidak
Berderau guruh menikam padu sukma
Penat aku sudah
Mencoretkan yang ntahapahapantah
Adakah tiada faedah
Aku semakin parah
Aaaaaaaaaah sudaaaah
Aku dah nak blah

(Monday, August 4, 2003 3:25:45 PM)


Terkadang, lucu juga membaca tulisan-tulisan yang sudah ini. Dapat dirasakan perubahan pemikiran masa itu dan jua kini. Teringat pula pada kejadian turunnya al-Quran secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun itu. Isi dan garapannya konsisten dan sangat membuktikan ia satu mukjizat yang terhasil bukan dari seorang makhluk melainkan dari Sang Pencipta jua.

Tuesday, 24 February 2009

Bingkisan

'


"Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya

Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta"

                                                      -Letto-Sebelum Cahaya

 

Ini bukanlah nukilan jiwa cinta. Barangkali lebih kepada satu pengembalian nostalgia. Nostalgia yang menggamit memori.

Perjalanan merentasi sempadan. Menjangkau sempadan England, Scotland dan meneroka segenap pelusuk Highland. Menciptakan satu ingatan yang tak lekang.

Lalu ku kirimkan satu bingkisan ke daerah el-Salam. Tempat letaknya khazanah ingatan ini yang jua turut tersimpan.



Dunrobin Castle





Monday, 23 February 2009

Minggu ini

Minggu lepas urusan visa selesai
Sepatutnya hari Rabu lagi sudah diterima
Dek kerana tiada dirumah, terpaksa urus penghataran semula
Dek kerana tak berapa famam prosedur, hari Khamis ini baru boleh dibuat penghantaran semula
Minggu ini masih minggu menunggu
Menuggu itu dan ini
Ya, tunggu sahaja



Seagull itu juga menunggu


Sunday, 22 February 2009

Cuba

A picture is worth a thousand words. Numbers of picture?


Living Room




Lorong





Gazebo





We're friend






Me and a guy trapped inside the mirror






Housemate


Friday, 20 February 2009

Menunggu...

'


Menunggukah aku?
Menunggu angin itu?
Yang pernah bawa aku
Terbang, merobah
Di hari yang cerah
Itu ke ini
Situ ke sini
'Kan ku percaya sama angin
Angin utara atau angin selatan
Yang bertiup perlahan atau menderu kencang
Menuruti tentuannya Tuhan
Moganya sentiasa diberiNya kekuatan
Bersama sutera kasihNya ya Rahman
Menapak menelusuri laluan di depan


'

Wednesday, 18 February 2009

Persempadanan Lembah Perulangan





Tuan penjaga itu menerima tamu di perkarangan taman. Lalu dibawanya ke bangku panjang dekat pohon tembusu rendang.



Tamu: Kadang-kadang, saya berasa aneh

Tuan: Apakah yang membuatkan saudara berkata demikian?


Tamu: Setelah jauh berjalan, jauh merantau, belajar erti jatuh dan bangun...

Tuan: Ya, teruskan


Tamu: Adakala, apa yang kita ketemu di hadapan perjalanan adalah suatu lembah perulangan hari-hari semalam.


Tuan: Iya, hidup ini lumrahnya sebegitu. Perbatasan kehidupan ada naik dan turunnya. Jadi, lembah yang saudara ketemu itu, menyenangkan perjalanan atau menyesakkan?


Tamu: Ada beberapa kawasan yang menyesakkan. Seakan membenarkan diri untuk jatuh lagi jika perjalanan diteruskan. Dalam hal sebegini, apakah baik diteruskan melewati lembah perulangan, atau dirintis jalan yang lain yang tidak pasti pangkal ketentuan?


Tuan: Itulah gunanya pengalaman. Tetapi sebelum itu, serasa saudara, perjalanan manakah yang dirasakan lebih diingini, dibenarkan nurani dan bukan mengikut kata hati?


Tamu: Saya punya prinsip, punya sasaran, dan terbaik buat masa ini adalah dengan teruskan perjalanan.


Tuan: Jika itu sudah pilihan, maka nanti binalah persempadanan antara perbatasan.


Tamu: Bagaimakah itu?


Tuan: Ramai pengunjung jua punya permasalahan yang serupa. Yang dihadapi hari esok adalah pengulangan hari semalam. Pengulangan yang sesetengahnya amat mengecewakan. Tetapi ada yang membiarkan diri mengulang kesilapan semalam. Dan acapkali terus mengundang rasa kecewa. Apakah ingin diulang perkara yang serupa pada setiap kali disaat sudah diketahui kesudahan?


Tamu: Sememangnya, tiada siapa yang mahu.


Tuan: Pengalaman itu pengajar yang setia. Bersama saudara setiap ketika. Cuma, pandangannya adakala dibiar bersahaja.


Tuan: Dan berasaskan pandangan itu, binalah persempadanan dan tinggalkan tanda peringatan. Supaya jangan didekati kawasan yang pastinya saudara kan hilang pertimbangan, atau kawasan yang pasti saudara kan jatuh, atau kawasan yang dipenuhi lumpur yang separa kelihatan.


Tuan: Supaya selepas ini, dan selepas-selepas ini, persempadanan itu akan jadi tanda ingatan, di situ wujudnya kawasan-kawasan terlarang. Supaya terhindar kekecewaan mengingkari pengalaman. Semoga perjalanan saudara dilindungi dan selamat.


Tamu: Terima kasih diatas jawapan.


Tuan: Itu hanyalah sekadar pandangan. Bisa diambil buat bekalan, bisa juga ditinggalkan. Seperti kata falsafah, jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikan esok lebih baik dari hari ini. Itu yang terbaik buat kehidupan, yang semata-mata persinggahan yang sebentar cuma.


***

Dan tamu pun meneruskan perjalanan. Dan di lembah itu, dia bina tanda-tanda ingatan di persempadanan, yang akan memudahkan dan akan membezakan, antara hari esok dan semalam.

Monday, 16 February 2009

Tag Shuffle Lagu

Em, hari ni penat sangat. Sehari suntuk rasanya proses extent visa. Tapi Alhamdulillah, lepas.

Tag dari Upi kali ni nampak agak simple, tak perlu pikir banyak-banyak. So, lets roll on.

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
5. Everyone tagged has to do the same thing. (u don’t have to if u choose not to ;))
6. Tag whoever tagged you so they know what you got!

DON’T CHEAT!


OPENING CREDITS:
Taburkan Jasa Semaikan Budi-InTeam
He.... Mula ngan nasyid! Long way to go...


WAKING UP:
Big Yellow Taxi-Counting Crows ft. Vanessa Carlton
Em... masih lagi lagu yang berbentuk mesej kemanusiaan


FIRST DAY AT SCHOOL:
Get Over It-Avril Lavinge

Nih lagu 2nd Semester. Berkira-kira nak bertukar ke 'sekolah' fizik


PUPPY LOVE:
Halimatul Sa'adiah-In team

Isk, ape kaitan nih.


FIGHT SONG:
Aku-Peter Pan

Ala-ala fight jugakla

"...Angin utara tetap begitu, tetaplah di belakangku
Hingga hari berhentinya waktu, tetap iringi langkahku..."


BREAKING UP:

Rasulullah-The Zikr
Breaking with 'hal-hal duniawi'

PROM:
Khayalan Tingkat Tinggi-Peter Pan

Prom sungguh!


LIFE IS GOOD:
Pushing Me Away-Linkin Park

Suka part Mike Shinoda-

"Everything falls apart/
Even the people who never frown/eventually break down"

Good hapa, lirik penuh rebel. Should be 'Good', so it is yes!


DRIVING:
My Heart-Irwansyah & Acha Septriasa

Ada kaitan jugakla

"Pernahkah kau menguntai hari paling indah..."


FLASHBACK:
Setanggi Syurga-In Team

"Tuntas ku mendaki

puncak cinta terAgung..."

Er... Flashback time roomate dengan Nasran dekat Restu. Dia selalu pasang nasid ni.


TRUE LOVE:
Klip Gitu-gitu di Era-Apek dan KnK

Celoteh filem bujang Senang

True Love mende...


WEDDING:
Ku Serah Cinta-In Team

Serah cinta pada wife la nih


MOMENT OF TRIUMPH:

Klip Gitu-gitu di Era-Apek dan KnK

Celoteh dan pantun pasal senapang

Triump mendenye.


DEATH SCENE:
Rindu-Hijjaz

Er... no comment


FUNERAL SONG:

Peristiwa Subuh-Raihan
Kira funeral sebab ramai ummat sedang 'kematian' time subuh ni...

END CREDITS:
By Myself-Linkin Park

"Do I follow my instincts blindly?
Do I hide my pride from these bad dreams?"

Ntah...


IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Iman Mutiara-Raihan

"Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertakwa"

Renung-renungkanlah, jangan termenung je...


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

Hakikat Bahagia-UNIC
Hm... Bolehla... Menyampaikan erti kebahagiaan pada mereka


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Damai Yang Hilang-Nowseeheart

Jawapan ironi nih...


HOW DO YOU FEEL TODAY?

My Heart-Versi Gitar
Baru balik extend visa
Takde kaitan

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?

Sutera Kasih-In Team
He... Suka jawapan ni.
"...Tuhan, padaMu ada kedamaian
DiribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
CintaMu cinta tulus suci murni,
KasihMu nan abadi..."


WHAT’S YOUR MOTTO?

Kehidupan-The Zikr

Eh... Ni nama blog ini. Jawapan yang terbagus rasanya. Pernah muncul dalam entri Satu Petang dalam Ingatan


"Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan

Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan

Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali"



WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Crawling-Linkin Park

I just don't think so.


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Sampai Tutup Mata-Acha Septriasa

Love 'em very much!


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Mari Sembahyang-Aeman

Ya... selalu kena ingat semayang.


WHAT IS 2 + 2?
Here Without You-Three Doors Down

'You' merujuk kepada Satu.

2+2=4

4-1=3

Tu yang Three tuh.



WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Sebelum Terlena-Hijjaz

Em... ade kaitan rasanya nih


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Menghitung Hari-Anda

Em...


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

Mengemis Kasih-The Zikr
Mengemis Kasih Tuhan sampai ke akhirnya...

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Di Atas Normal-Peter Pan

Still boleh control beb.


WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Klip Gitu-gitu di Era-Apek dan KnK

Apek kene jumpa hippo basuh kandang? Mengarut


WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?

Doa Seorang Kekasih-In Team
Kekasih yang kembali pada Pencipta

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?

Bisikan Nurani-In Team (lagi)
Ya, suka dengar dan ikut bisikan suara halus nurani. Bukan bisikan hati yang tak berapa suci.

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Berdua Lebih Baik-Acha Septriasa

Isk, maksiat. Berdua akan jadi bertiga. Memang takut!


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Keredaanmu-In Team

Sentiasa mencari keredaanNya. Rahsia nih, ooops....


WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

High Voltage-Linkin Park
Huh, kene shock naya. Cukupla kat lab sahaja.

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Impian Kasih-In Team

Ya, mostly tengah jiwang. Ada yang frust. Tapi semuanya sama. Mengimpikan kasih sejati. Cheewah...


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Tidak Seindah Sentuhan Mata-The Zikr
Yang membaca patut menilai dengan hati, bukan sekadar memerhati.


Tiada nak tag siapa-siapa. Yang rasa nak tag diri sendiri dipersilakan.
Sekian.

Sunday, 15 February 2009

Di Pagi Ahad


Pagi Ahad.

Rasa tenang dengar kicauan pelbagai burung diluar.

Hujung minggu ini tiada apa-apa aktiviti.


Semalam sudah ke Pekan Dundee dengan Sandi. Ber'shopping' serba sedikit. Sandi ajak jenguk sekejap Alona yang tengah bekerja di gedung PRIMARK.


Juga lalu masuk zavvy sekejap yang tengah clearance nak tutup. DVD dan Blu-ray sangat murah, tapi tersangat murah kalau donlod sendiri di rumah guna broadband 10Mb.


Kemudian macam biasa, singgah Poundland dan kali ini sempat angkut 8 item.

Akhir sekali masuk Tesco dan merembat gateau perisa strawberry+cream

***

Terasa nak ke sekolah hari ini.

Sebab esok akan ke Glasgow, extend visa.

Lusa pula ada appoinment dengan GP(doktor). Nak dapatkan nasihat vaksinasi yang sangat berkait dengan panggilan itu.


Friday, 13 February 2009

Peribahasa Matematik




Tahukah anda bahawa peribahasa yang berunsurkan matematik telah lama wujud sejak zaman sebelum merdeka. Walaupun bunyinnya agak saintifik tetapi rata-rata penggunanya adalah terdiri dari segenap lapisan masyarakat termasuklah warga kota, pakcik dan makcik di kampung, tokwan dan atuk di kedai kopi serta tok imam, pak lebai dan juga tok siak yang tidak ketinggalan.

Contoh yang paling klasik adalah peribahasa yang berbunyi; 2x5, 5x2-dua kali lima, lima kali dua (atau singkatannya dua kali lima). Peribahasa ini digunakan dengan meluas untuk menggambarkan dan juga sebagai bandingan kepada dua unsur atau perkara yang sama atau setara.
Contoh ayat;

"Laki aku kalau hujung minggu kejenya gi mancing smpai ke pulau, sampai ke tengah laut sampai tak ingat nak balik", kata Makcik Jenab.

"Oh... dua kali lima la dengan laki si Munah. Tiap-tiap minggu pegi tasik itu, masuk tasik ini, mancing", balas Kak Temah semasa sesi mensyuarat tingkap pagi Selasa yang lalu.

Namun begitu, terdapat juga contoh peribahasa yang lain yang wujud secara terpencil. Barangkali, contoh peribahasa yang akan diberikan langsung tidak pernah didengari atau digunakan dari mana-mana sumber.



1) Persamaan serentak (English-Simultaneous equation)


Maksud; senang, mudah, simple juga setara dengan peribahasa 'kacang je'


Contoh ayat;
“Bumbung Minangkabau tak semestinya melambangkan ciri-ciri kebangsaan. Ia hanya berfungsi untuk mengalirkan air keluar. Ciri-ciri kebangsaan boleh didapati dari perspektif dan ruang. Kalau bangunan tinggi, letak bumbung minangkabau, tak sesuai, tak seimbang. Macam koboi pakai songkok. Apela, korang, simultaneous equation je tu...”, jelas Ali pada kawan-kawannya yang kekeliruan, sebelum ponteng kuliah petang itu untuk berjumpa dengan Asmidar.



2) Cinta trigonometri, Singkatan- Cinta trigo (English-Trigo love)


Maksud/keterangan; Permasalahan cinta yang melibatkan 3 pihak yang utama, serta turut melibatkan aspek kecelaruan identiti ditengahnya yang bersangkut paut dengan keluarga. Menjadi semakin rumit dengan terbitan-terbitan sampingan. Akan menyebabkan pakar motivasi, kaunselor dan pakar psikologi angkat kedua tangan tanda 'surrender'. Lebih sesuai diajukan kepada cikgu add math, pensyarah atau pakar matematik yang berdekatan.

Contoh ayat;
"Setelah kecewa dan putus asa dengan keributan menghadapi cinta trigo antara saya, Julita dan Zali@Sally, saya memutuskan untuk menumpukan perhatian sungguh-sungguh dalam matapelajaran 'add math' terutama topik yang ada sin, kos dan tan. Akhirnya saya berjaya mendapat kredit dalam SPM setelah 'score' soalan-soalan tersebut", ujar Kamal di sebuah seminar di sekolah lamanya.



3) Fungsi kosinus (English-Cosine function)


Maksud/keterangan; Terumbang-ambing, naik dan turun, seakan-akan berada hanyut di lautan gelora yang tak bertepi

Contoh ayat;
Setelah lari dari hutan dan tinggal di pinggiran kota sejak tiga tahun dahulu, hidup Tipah seakan fungsi kosinus. Makan dan minum tidak tentu, nak bergayut dan bermain pun susah. Dek kerana tidak sanggup lagi hidup sebegitu, dia pulang ke pangkuan keluarga di hutan rimba Belum lima hari lepas. (Nota; Tipah adalah spesis monyet ekor panjang)



4) Guna matematik, tapi tak kira/hisab (English-Do mathematics without calculation)

Maksud/keterangan; Buat sesuatu tanpa berfikir kesan/akibat perbuatan


Contoh ayat;
“Itula... you do mathematics without calculation lah hubby. Kan I dah cakap jangan join skim Great-pyramid Co tu. Tak pasal-pasal je kereta Persona yang takde sayap tu terbang ke finance. Tujuh bulan sangkut. Nasib baik Viva I ade lagi. Lain kali you join jual produk kecantikan Ovan macam I. Bla... bla...", leter Linda pada suaminya yang memekakkan diri dengan menonton perlawanan bola sepak.



5) Fungsi matematik pun ada had (English-Even mathematical function has the limit)

Maksud/keterangan; Cukuplah... Sudah-sudahlah

Contoh ayat;
"Tak perlulah kau masuk lagi audition Idola Malaya tu Ajis. Masuk tahun ni dah sepuluh kali dah. Memang confirm suara kau tak sedap. Bukan takat juri dan jiran-jiran kata, komen kat YouTube semua mampersendakan kau. Aku dah tengok, setiap audition ada. Aku pun tak tahan nak gelak. Cukupla..., even mathematical function has the limit Ajis", beritahu Raslan pada Ajis petang itu.



6) Cuba menyelesaikan masalah Rieman (English-Try to solve Riemann’s problem)

Maksud/keterangan; Menyusahkan diri dengan melakukan sesuatu yang menambah masalah, cari penyakit, cari masalah

Contoh ayat;
"Rita dah dengar dari semua kawan-kawan Abang. Jangan pernah mimpi Rita akan setuju Abang kahwin dua. Don't try to solve Riemann's problem. Rita tak sudi dimadukan. Terimalah hikmat serangan pinggan dan mangkuk terbang ini," Kata Rita sebelum mangkuk yang pertama meluncur laju dan sipi-sipi mengenai pipi Zack.



Diharapkan penulisan ini dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa. Tetapi diingatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah diatas ketika berucap untuk majlis rasmi, juga dalam penulisan ilmiah, serta dilarang keras dalam setiap peperiksaan Bahasa Melayu kertas penulisan. Sekian...



Thursday, 12 February 2009

Bright Shadow




I knocked up the door
Thought that you were there

Ever since last time we met

Bet you doing great

All of the silent
Left part of me alone

Nothing was wrong

Everything's just gone

I'm dispersed when the wind blows
And there was no sorrow

Caused when I glimpsed through the window
I saw a bright shadow








Tuesday, 10 February 2009

Lagu Kehilangan dan Getaran

Tiba-tiba, alunan lagu Kehilangan mendayu-dayu dan megusik jiwaku yang baru selesai makan malam. Aku dapat juga rasakan ada getaran kecil melanda. Apakah makna semua ini?

Aku mendekati jendela yang menghadap ke luar rumah. Handphone Nokia 6210 yang letaknya di atas rak di tepi jendela segera ku capai. Dengan cermat, aku tekan butang 'answer'.

Dan serentak dengan itu, alunan lagu tiba-tiba hilang. Getaran tadi juga begitu. Keduanya hilang bersama, entah kemana.

Dan aku pun mulakan perbualan bersama pemanggil dihujung talian...






Sunday, 8 February 2009

Pantai










Aku mau ke pantai
Di mana pun tiada masalah

Yang pasirnya putih bersih
Atau kuning keemasan
Yang mana satu pun tidak apa
Asal boleh bina istana
Atau kambus siapa saja

Aku mau bermain dengan ombak
Main acah-acah
Berdiri dekat gigi air
Tunggu ombak mari
Bila sudah dekat kena lari
Kalau tidak, nanti ombak sambar kaki
Kalau selamat, ulang acah lagi

Aku mau lambai pada sang suria
Bila waktu menginjak senja
Kasihan perhati ia tenggelam perlahan di ufuk sana
Sampaikan langit pun bertukar jingga
Walaupun tahu, esok ia kembali juga
Kasihan itu acah-acah saja

Aku mau ke pantai
Di mana tempat pun tidak apa




Sudah lama tidak mendengar perkhabaran dari Pantai Merdeka, Pantai-pantai di Pulau Pinang (Batu Feringghi, Teluk Bahang, Robina, Muka Head, Monkey Beach), Pantai Cenang dan Burau Bay di Langkawi. Juga pantai-pantai di timur sana, Pantai Merang, Pantai Air Tawar dan akhir sekali Pantai Bukit Keluang yang tak sempat dijejaki. Bagaimanakah sekarang ya?

Friday, 6 February 2009

Pembinaan

Harap maaf. Anda berada dalam kawasan pembinaan. Keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. Pengunjung diminta berhati-hati dan berjaga-jaga serta sentiasa menurut peraturan yang telah ditetapkan. Sekian.

Thursday, 5 February 2009

Percubaan

Cubaan, cubaan. Ehem... ehem...
Ada clear?
Cubaan satu, cubaan dua, cubaan tiga....

Wednesday, 4 February 2009

Bisikan

Ada bisikan.
Ya, ada terdengar bisikan, berdesir bagai angin lalu.
Seakan, ia satu seruan.
Satu panggilan.
Dari satu tempat yang jauh.
Tempat yang kering.
Tempat yang gersang.
Apakah ia dari tempat itu?
Dari bumi tempat para anbiya' berjuang itu kah?

'

Tuesday, 3 February 2009

Menatang

Aku ada seorang kawan di sekolah menengah. Namanya panggilannya, Mie.

Ada satu hari. Aku ada satu 'menatang' ni. Tak silap, aku dapat dari kedai 'maknya' (kedai cina) pekan Merbok. Ia model ikan diperbuat dari getah. Panjang, bentuk macam belut. Kecil, dekat-dekat saiz seekor cicak dewasa.

Mie tengah rajin buat latihan masa itu. Badan menunduk ke meja. Dua-dua tangan sampai paras siku dia letak atas meja. Tangan kanan pegang pen, tulis. Tangan kiri atas buku, tahan supaya buku tak gerak-gerak jadi tulisan tak buruk sangat. Sangat khusyuk.

Cikgu baru keluar. Aku hampiri dari belakang senyap-senyap. Aku julang menatang tinggi-tinggi, betul-betul atas kepala Mie. Gayanya, menatang itu seakan jatuh dari langit siling. Aku tetapkan sasarannya pada lokasi dalam lingkungan kawasan buku latihan yang terbuka luas.

Aku bukakan sepitan antara ibu jari dan jari telunjuk yang sebelum ini tega mengetip bahagian ekor menatang.

Tup... Menatang jatuh. Jatuh betul-betul di kawasan sasaran. Atas buku latihan yang Mie tengah khusyuk menulis. Menatang diperbuat dari getah. Masa mula-mula mendarat, nampak ia melibas sedikit ekornya.

Mie berhenti menulis. Dia jenguk dan perhati menatang dari arah kanan. Lepas tu arah kiri. Akhir sekali, dia perhati dari depan. Aku hampir berputus asa. 'Budak ini bukan jenis terkejut dengan menatang gamaknya', teka aku.

Dan tiba-tiba. Mie angkat kedua-dua tangan dengan pantasnya. Posisi dia macam orang tengah 'surrender'. Tapi tangan kanan masih pegang pen.

Aku gelak terkekeh. Aku ambil balik menatang atas buku. Nampak Mie bernafas turun naik seperti orang kepenatan. 'Ceh, aku ingat cicak tadi', katanya.

Dalam masa itu, seingat aku, dia satu-satunya manusia yang ambil masa paling lama untuk respon terperanjat kat menatang. Dia ambil masa beberapa saat. Tapi orang lain biasanya tidak sampai satu saat untuk terperanjat, atau kalau budak pompuan perempuan terus menjerit lalu tinggalkan meja.

Kadang-kadang dari masa ke masa, aku akan teringat balik kisah Mie tadi. Dan serentak juga aku tergelak terkekeh. Ataupun, paling minima, aku tetap akan tersenyum bersahaja.

[caption id="attachment_382" align="aligncenter" width="300" caption="Bentuk menatang tu lebih kurang macam ni la"][/caption]




Monday, 2 February 2009

Sedari

Tiba-tiba penulis teringat lagu ini. Counting Crows-Big Yellow Taxi. Lagu lama, tapi dinyanyikan semula. Banyak pengertian terdapat dalam liriknya, terutama pada bait-bait berikut.

Don't it always seem to go
That you don't know what you got till it's gone...




'

Bahagian Trivial
Bila mendengarkan lagu ini, penulis pasti terbayang kehidupan kampus di USM ketika itu. Lagu ini mengingatkan zaman dimana penulis masih lagi tahun satu dan mengambil jurusan sains dengan pendidikan (ketika itu). Walaupun lagu ini sering berkumandang dari segala macam sumber media hiburan, tetapi keseluruhan rangkap liriknya diketahui penulis setelah diperkenalkan oleh Lutfi. Masa itu juga kami ada mengambil kursus yang sama yakni ZCA101 (Fizik Mekanik). Dan masa itu juga penulis akan pergi ke bilik Lutfi untuk sama-sama menuggu beberapa ketika dia bersiap dan bergerak ke kuliah. Memang masa itu.

'

Bahagian Sebenar
Sedar atau tidak, ia sering terjadi dalam kehidupan kita. Adakala kita terlupa akan perkara-perkara yang menyumbang dan menyempurnakan hari demi hari yang kita lewati. "Take it for granted" mungkin sangat sesuai untuk menggambarkan keadaan ini.

Kita gembira bersama teman-teman disisi, aktiviti-aktiviti yang kita lakukan, ataupun mungkin barangkali barang-barang kepunyaan kita. Dan kita sering terlupa, semua itu tidak akan kekal selamanya. Gembira atas segala nikmat hidup ini tidak salah. Tetapi awas jika kita terleka dan terlupa untuk mensyukuri ke hadrat Illahi atas segala nikmat ini. Cuba kita bayangkan, nikmat yang membahagiakan kita itu ditarik balik oleh penciptaNya. Adakah kita berputus asa terhadap Tuhan dan semakin menjauhiNya kerana menghilangkan kebahagiaaan 'milik' kita (wa'iyazubiLlah). Atau kita sekadar akan meratapi kehilangannya sehari-hari. Ataupun, kita redhai pemergian yang berlaku kerana sudah tiba masanya pemilikNya menuntut kembali pemberianNya dan seterusnya menilai kembali keimanan kita.

Dimana jua pendirian dan pendapat pembaca sekalian, penulis percaya dan berpegang bahawa selagi kita menyedari yang semua ini hanya pemberian buat sementara waktu oleh Al-Khalik bagi menguji keimanan hamba-hambanya, selagi itu kita pasti selamat dan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang telah/sedang/akan berlaku.

Dan kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? (Surah Al-An'am; ayat 32)

'

  ©Kehidupan: Catatan Kembara. Template by Dicas Blogger.

TOPO